Saturday, November 27, 2010

Pentingnya Wasiat

rupanya terdapat berbillion-billion ringgit harta orang Islam tidak dituntut disebabkan masalah tidak meninggalkan atau menulis sebarang wasiat untuk para warisnya.ini akan menimbulkan permasalahan, pergaduhan, pertengkaran yang akhirnya tidak memberi sebarang faedah kepada sesiapapun.kan itu membazir dan membazir adalah perangai syaitan....

hebatnya undang-undang Islam dengan AlQuran dijadikan panduan utama..segala-galanya dah termaktub dalam AlQuran yang diguna pakai dari 1400 tahun yang lepas sehingga hari kiamat..syariat Islam harus ditegakan bagi memastikan kesuburan harta orang-orang Islam
jangan kita lupa penulisan wasiat adalah penting dan ingat bahawa menulis wasiat bukan beerti kita nak mati tetapi sebagai persediaan untuk memudahkan orang yang masih meneruskan kehidupan...khususnya jelaskan tentang hutang-hutang yang kita tanggung dan sebagainya..

ingatlah Hadis SAW" jangan tinggalkan nak isteri kamu dalam kemiskinan"....fikirkan!

Besarnya ERTI Penghijrahan...

Dalam kehidupan manusia penghijrahan bukan hanya beerti pindah dari satu tempat ke tempat yang lain tetapi harus dilihat dari sudut yang lebih holistik...
Perubahan sikap, nilai dan norma kehidupan daripada kurang baik menjadi lebih baik antara penghijrahan yang sukar dilakukan oleh manusia kerana sikap manusia yang angkuh dengan kejadian mereka, sedangkan tahukah mereka bahawa mereka hanyalah makhluk yang serba lemah..
membuat keputusan sesuatu penghijrahan adalah sukar kerana mengakibatkan banyak pengorbanan..sirah Nabi jadikan contoh, kehidupan kita sendiri jadikan penyembuh dikala kedukaan mengenang kembali erti penghijrahan.

jiwa yang tenang adalah hijrah yang dicari-cari oleh manusia kini dikala jiwa meronta mengejar dunia...fikirkan!!!!