Monday, December 17, 2012

Di Akhir Tahun

Dihujung tahun begini ramai meluangkan masa untuk ahli keluarga. Alhamdulillah sepanjang tahun menjalankan tugas menghantar dan mengambil anak ke sekolah dan apabila musim cuti sekolah ayah dan ibu turut bercuti. dan ini mengeratkan lagi tali ukhuwah di antara ibubapa dan anak-anak.
melihat kepada tingkahlaku anak-anak tersedar dipikiran bahawa kanak-kanak masa kini jauh berbeza berbanding saya dahulu.

oleh yang demikian didikan agama adalah pendinding ampuh untuk memastikan anak-anak daripada dijangkiti penyakit-penyakit sosial yang sedia ada.Pengaruh rancangan TV dan juga internet amat mudah sekiranya kita leka.
sebagai bapa atau ibu, perancangan pengisian aktiviti harian anak-anak amat perlu agar masa mereka tidak terbuang begitu sahaja.
Persoalannya, sejauhmanakan ibubapa merancang aktiviti untuk anak-anak dicuti sekolah???
Pangkat Itu Suatu Pinjaman Kehidupan kita di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Dalam erti kata suatu masa nanti yang kita sendiri tidak pasti, sudah pasti "pinjaman" itu dipulangkan pada yang MAHA KUASA..itu memang PASTI!!!Yang bernyawa itu pasti akan MATI. Namun demikian bagi yang tidak menyedarinya (buat-buat tak paham) terlalu ramai sehingga ada yang mendongak bongkak, sombong, ego, tamak yang seolah-olah kehidupan ini tiada penghujungnya. sedangkan kehidupan ini sentiasa hampir kepada penghujungnya. Ini mengingatkan saya kepada suatu peristiwa seorang yang kaya yang terlalu bangga dengan kuasa dan pangkat sambil mendabik dada..persoalannya, Kaya sangatkah engkau? sedangkan ramai lagi yang kaya yang dermawan, yang kaya yang beriman dan yang kaya memang Raya....so what??? kekayaan atau apa sahaja adalah UJIAN dari ALLAH yang menguji HAMBANYA sama ada lulus atau tidak ujian di dunia ini yang penuh dengan kesamaran dan tipu muslihat.Perkara yang paling besar di dunia ini adalah HAWA NAFSU, jadi jika OK NAFSU maka OK lah seseorang itu...pikir2kan!