Tuesday, August 3, 2010

Antara Semangat dan Pujian

Hadis SAW yang kira-kira bermaksud " berwaspadalah kamu dengan puji-pujian kerana ia boleh menyembelih" Hadis Riwayat Ibn Majah. Kekadang sebagai insan biasa kita leka dengan pujian, jika kita "BOSS" dalam sesebuah organisasi mungkin pujian itu saja untuk mengampu kita..namun kita berasa 'sayap' kita makin mengembang. Kalau kita sebagai pelajar kita merasakan kita sahaja yang layak mendapat pujian tersebut.

sebagai seseorang yang rasional kita harus melihat pujian tersebut dalam pelbagai sudut. lebih baik sekiranya kita menilai pujian itu dengan pandangan Hati kita. Gunakan pujian itu sebagai "peledak" dalam jiwa untuk terus maju dan maju. Usah kita terlalu leka dengan segala pujian yang dihamburkan.

Ingat! pujian-pujian terbahagi kepada beberapa jenis; pujian ikhlas dari seorang Ibubapa kepada anaknya, pujian ada makna dari seorang kekasih kepada pasangannya, pujian membina dari seorang guru kepada muridnya, pujian TULUS SUCI dari hamba kepada Maha esa, dan pujian bodek dari pekerja nakkan sesuatu dari Bossnya.Buatlah
pertimbangan dengan JIWA yang Rasional dan bertindaklah mengikut AKAL yang waras.

Jadikan PUJIAN ikhlas: Peransang, Ubat Jiwa, Jalan kepada kejayaan, Iniatif untuk bertindak,Aspirasi diri, Nekad untuk berjaya....

Monday, August 2, 2010

PELAJAR PERLU BERJIWA BESAR

Sebagai seorang pelajar istilah KEGAGALAN buangkan daripada diari kehidupan anda sebaliknya tuliskan dalam diari anda tentang KEJAYAAN!!! Pahatkan dalam jiwa anda perkataan BERANI UNTUK BERJAYA DAN TAKUT UNTUK GAGAL.Jika telah diSET kan begitu aturkan langkah-langkah bagaimana orang lain BOLEH BERJAYA dan ANDA JUGA BOLEH BERJAYA... dengan syarat-syarat yang mudah iaitu U+S+A+H+A sebenarnya KEJAYAAN TIADA RAHSIA.
Pokok pangkalnya adalah dari JIWA anda. Apa yang anda mahukan adalah ditentukan oleh anda sendiri. Orang lain hanya mencadang, anda boleh MENGGANGGUK sahaja atau kalau ingin BERJAYA anda perlu BERTINDAK. BERTINDAK TERUS BERTINDAK (konsisten) dengan KUDRAT penuh PERANCANGAN (persistance), BERSABAR dengan dugaan (patience), kemudian baru berserah pada ALLAH setelah BERSUNGGUH dalam PERJUANGAN..Ingat IBUBAPA peransang jiwa NO 1. Ingat GURU pemberi ilmu dan INGAT ALLAH sesungguhnya DIA akan ingat akan anda juga.
Ingat betul-betul..jadi pelajar susahnya seketika...kerana selepas kesulitan itu pasti ada kesenangan.Percayalah para pelajar!!!!

Mengenal Diri!

Siapalah kita ini yang hanya menumpang dibumi ALLAH  yang sementara. Mungkin esok atau lusa kita akan kembali kepadaNya. Kita masing-masing dijadikan Allah dari saripati air mani yang hina (rujuk Surah Assajadah). Usah kita terlalu bongkak dengan Allah dan juga hambanya, sebabnya kita semua penghutang ke atas nikmat yang dikurniakan Allah. Daripada roh, pendengaran, penglihatan, dan jiwa semua akan dikembalikan bila tiba masanya. Bukankah berhutang namannya ???

Kekuatan yang ada pada kita adalah JIWA yang ada pada kita. Kita letakan IMAN pada nya, Insyallah jiwa akan bertindak waja. Kekayaan jiwa adalah kekayaan yang suci berbanding dengan kekayaan harta benda. lakukan perkara-perkara kebaikan (Positif) dan cegahlah kemungkaran (negatif) dengan setulus jiwa. Jika JIWA anda merasa kekosongan kembalilah pada jalan ALLAH!
Hanya Pada ALLLAH tempat kita mengadu JIWA kita yang resah..fikir2kanlah!