Tuesday, August 3, 2010

Antara Semangat dan Pujian

Hadis SAW yang kira-kira bermaksud " berwaspadalah kamu dengan puji-pujian kerana ia boleh menyembelih" Hadis Riwayat Ibn Majah. Kekadang sebagai insan biasa kita leka dengan pujian, jika kita "BOSS" dalam sesebuah organisasi mungkin pujian itu saja untuk mengampu kita..namun kita berasa 'sayap' kita makin mengembang. Kalau kita sebagai pelajar kita merasakan kita sahaja yang layak mendapat pujian tersebut.

sebagai seseorang yang rasional kita harus melihat pujian tersebut dalam pelbagai sudut. lebih baik sekiranya kita menilai pujian itu dengan pandangan Hati kita. Gunakan pujian itu sebagai "peledak" dalam jiwa untuk terus maju dan maju. Usah kita terlalu leka dengan segala pujian yang dihamburkan.

Ingat! pujian-pujian terbahagi kepada beberapa jenis; pujian ikhlas dari seorang Ibubapa kepada anaknya, pujian ada makna dari seorang kekasih kepada pasangannya, pujian membina dari seorang guru kepada muridnya, pujian TULUS SUCI dari hamba kepada Maha esa, dan pujian bodek dari pekerja nakkan sesuatu dari Bossnya.Buatlah
pertimbangan dengan JIWA yang Rasional dan bertindaklah mengikut AKAL yang waras.

Jadikan PUJIAN ikhlas: Peransang, Ubat Jiwa, Jalan kepada kejayaan, Iniatif untuk bertindak,Aspirasi diri, Nekad untuk berjaya....

No comments:

Post a Comment