Sunday, September 29, 2013

KEAJAIBAN REZEKI!

MENGEJAR TARIKH AKHIR!!!

30 SEPTEMBER, tarikh akhir bagi bulan ini. Pasti rakan-rakan seperjuangan berkejaran mencari sales PEMUTUS SEGALA KEPUTUSAN BAGI BULAN INI.Nak naik pangkat maka naik lah bonus atau sengaja merebut peluang yang dihidangkan oleh SHAKLEE.

Semalam telah berlangsung sesi latihan dalaman bagi kumpulan dibawah bimbingan Master Norita/Master Naquib. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. Jika sebelum hari semalam, kadar kefahaman tentang bisnez ini cuma 60% dan kehadiran semalam membuatkan kefahaman saya melonjak 100%..Nah ini menunjukkan perihal pentingnya kita menghadiri mesyuarat atau latihan atau home party..oleh itu buangkan sikap malas menuntut ilmu. Ingat ilmu yang kita perolehi boleh kita manfaatkan untuk orang lain..Pahalanya boleh dibawa mati.

Rezeki,rezeki,rezeki semuanya ketentuan Allah, tapi kita kena berusaha untuk mendapatkannya. Kata orang Melayu 'manakan dapatkan sagunya kalau tidak dipecahkan ruyung' atau 'usaha itu tangga kejayaan'. Banyak ayat-ayat dalam Al Quran menerangkan tentang rezeki...antara kefahaman kita, tidak ada sesuatu yang boleh menghalang rezeki datang kepada kita tanpa izin Allah dan Allah menegaskan betapa pentingnya solat dulu, berdoa padanya kemudian bertebaranlah mencari rezeki dimuka bumi Allah ini. Allah yang Maha Penyayang,Maha Pemurah,Maha Luhur,Maha Pemberi adalah PEMBERI REZEKI YANG TERHEBAT (Peringatan:istiqamahkan diri membaca AlQuran setiap hari!)


Untuk ingatan bersama para rakan seperjuangan sekalian; kunci dah tersedia ditangan, kereta terhidang dihadapan,lesen dah tersimpan diwallet..apa tunggu lagi ayuh kita bersama menuju destinasi kejayaan yang dicipta dalam SHAKLEE. CABARAN ITU TETAP ADA..SETIAP CABARAN ADA PENYELESAIANNYA.

KALAU BERSAWAH BIAR BERPADI,KALAU MEMANCING BIAR BERIKAN,KALAU BERNIAGA BIAR MENJADI,KALAU BERUSAHA BIAR SAMPAI KEJAYAAN...SELAMAT MAJU JAYA KEPADA RAKAN SEPERJUANGAN!!!!

wassalam

Hubungi dengan sms/whatsapp: 0194893501 (Nilam)/0138103445 (Ed)

No comments:

Post a Comment